Sunday 25 December 2011

Asal-usul Kelab Pencegahan Jenayah
Berdasarkan Surat Pekeliling Bil 5/2006 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan diminta untuk menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah yang dijangkakan dapat menyedarkan para pelajar tentang jenayah.Keputusan yang diambil ini berdasarkan statistik salah laku disiplin yang direkodkan oleh kementerian pelajaran bagi tempoh tiga tahun (tahun 2008 hingga tahun 2010) berkadar purata 2.06 peratus bersamaan 111,484.Sebanyak 72,557 dari sekolah menengah dan 38,927 dari sekolah rendah.

Objektif Kelab Pencegahan Jenayah ditubuhkan
  • Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejal antisosial di sekeliling mereka.
  • Mewujudkan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihakt polis dalam usaha untuk mencegah perbuatan jenayah sama ada diluar atau didalam sekolah.
  • Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan msayarakat yang aman dan harmoni.
Moto Kelab Pencegahan Jenayah
"mencegah lebih lebih baik daripada memerangi"

Matlamat Kelab Pencegahan Jenayah
  • Melahirkan rasa kesedaran dan rasa bertanggungjawab dalam pencegahan jenayah
  • Menanamkan nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar
  • Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan lebih baik daripada memerangi jenayah
  • Meyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian
  • Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam menangani jenayah demi agama,bangsa,dan negara.
Peranan ahli Kelab Pencegahan Jenayah

Ahli kelab berperanan untuk memasukan lima domain pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam setiap aktiviti-aktiviti yang di jalankan:
  1. Pembudayaan adab murid
  2. Peningkatan disiplin murid
  3. Perpaduan murid
  4. Patriotisme
  5. Jatidiri
Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah

Aktiviti serta perlaksanaan Kelab Pencegahan Jenayah di semua sekolah dipantau oleh:
  1. Jawatankuasa Bertindakmelalui pendekatan masyarakatyang dibentuk khas oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
  3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua atau guru besar yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  4. Jawatankuasa Kelab Pencegahan jenayah peringkat sekolah
Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Sekolah Rendah/Menengah


Penaung:
Pengetua


Penasihat:
Penolong Kanan HEM
Pegawai Perhubungan


Guru Penasihat:
Guru Disiplin Sekolah(2 orang)


AJK Kelab:
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli Jawatankuasa (5 orang)
-Pemeriksa kira-kira (2 orang)



Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di sekolah


Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah


1.Ceramah dan Dialog
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumnya


2.Kursus,Bengkel dan Seminar
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid


3.Kursus,Bengkel dan Seminar
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah


4.Perkhemahan
-Perkhemahan Jati Diri
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi


No comments:

Post a Comment