Monday, 6 February 2012

CARTA ORGANISASI SESI PETANG 2012

Penaung:
PN HAJAH RAZIAH BINTI A. RAHMAN


Penasihat:
PN TEH POH SWEN


Guru Penasihat:
CIK FATIMAH BINTI AB. RAHMAN

AJK Kelab:
-Pengerusi


-Naib Pengerusi

-Setiausaha

-Penolong Setiausaha

-Bendahari

-Penolong Bendahari

Tuesday, 17 January 2012

" UNDANG UNDANG DADAH " - (Akta Dadah Berbahaya 1952 - pindaan 1998).

Tahukah Anda ?.
Di bawah Akta Penagih Dadah 6(1)b ibu bapa boleh secara sukarela menghantar anak-anak mereka yang berhadapan dengan masalah najis dadah ke pusat pemulihan (PUSPEN). Dalam tempoh 20 bulan terakhir ini, 444 kes sukarela dilaporkan. Jumlah itu mewakili 6.33% dari jumlah penghuni di PUSPEN seluruh Negara.

SEKSYEN 39B.
• Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin
• Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
• Memiliki 40 gm kokain atau lebih
• Memiliki 200 gm atau lebih ganja
• Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
• Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
- Hukuman: Mati Mandatori.

39(A)(2).
• Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
• Memiliki 250-1000 gm candu
• Memiliki 50-200 gm ganja
• Memiliki lebih 15-40 gm kokain
• Memiliki lebih 750 gm daun koka
• Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
- Hukuman: Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan
diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan.


39(A)(1).
• Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
• Memiliki 100-250 gm candu
• Memiliki 20-50 gm ganja
• Memiliki 5-15 gm kokain
• Memiliki 250-750 gm daun koka
• Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy.
- Hukuman: Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali

6B Menanam atau mengusahakan pokok ganja.
Hukuman: Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali

6 Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi.
Hukuman: Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00

9 Memiliki kurang 100 gm candu masak.
Hukuman: Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00

10 Alat-alat menghisap dadah. Sek. 12(2).
• Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
• Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
• Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusat pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut.
Hukuman: Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00 dan dirotan tidak lebih 3 sebatan.

Sek. 15(A) - Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan.
Hukuman: Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

Sek. 15(B) - Berada di dalam premis tempat hisap dadah.
Hukuman: Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

DADAH..musuh no. 1 Negara.


by MPV Petaling Jaya on Saturday, June 12, 2010 at 1:12am

Sunday, 25 December 2011

Asal-usul Kelab Pencegahan Jenayah
Berdasarkan Surat Pekeliling Bil 5/2006 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan diminta untuk menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah yang dijangkakan dapat menyedarkan para pelajar tentang jenayah.Keputusan yang diambil ini berdasarkan statistik salah laku disiplin yang direkodkan oleh kementerian pelajaran bagi tempoh tiga tahun (tahun 2008 hingga tahun 2010) berkadar purata 2.06 peratus bersamaan 111,484.Sebanyak 72,557 dari sekolah menengah dan 38,927 dari sekolah rendah.

Objektif Kelab Pencegahan Jenayah ditubuhkan
  • Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejal antisosial di sekeliling mereka.
  • Mewujudkan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihakt polis dalam usaha untuk mencegah perbuatan jenayah sama ada diluar atau didalam sekolah.
  • Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan msayarakat yang aman dan harmoni.
Moto Kelab Pencegahan Jenayah
"mencegah lebih lebih baik daripada memerangi"

Matlamat Kelab Pencegahan Jenayah
  • Melahirkan rasa kesedaran dan rasa bertanggungjawab dalam pencegahan jenayah
  • Menanamkan nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar
  • Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan lebih baik daripada memerangi jenayah
  • Meyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian
  • Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam menangani jenayah demi agama,bangsa,dan negara.
Peranan ahli Kelab Pencegahan Jenayah

Ahli kelab berperanan untuk memasukan lima domain pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam setiap aktiviti-aktiviti yang di jalankan:
  1. Pembudayaan adab murid
  2. Peningkatan disiplin murid
  3. Perpaduan murid
  4. Patriotisme
  5. Jatidiri
Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah

Aktiviti serta perlaksanaan Kelab Pencegahan Jenayah di semua sekolah dipantau oleh:
  1. Jawatankuasa Bertindakmelalui pendekatan masyarakatyang dibentuk khas oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
  3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua atau guru besar yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  4. Jawatankuasa Kelab Pencegahan jenayah peringkat sekolah
Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Sekolah Rendah/Menengah


Penaung:
Pengetua


Penasihat:
Penolong Kanan HEM
Pegawai Perhubungan


Guru Penasihat:
Guru Disiplin Sekolah(2 orang)


AJK Kelab:
-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli Jawatankuasa (5 orang)
-Pemeriksa kira-kira (2 orang)



Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di sekolah


Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah


1.Ceramah dan Dialog
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumnya


2.Kursus,Bengkel dan Seminar
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid


3.Kursus,Bengkel dan Seminar
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah


4.Perkhemahan
-Perkhemahan Jati Diri
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi